Entry Untuk 2 Minggu

Haii..

Kenapa tajuk entry untuk 2 minggu? Sebabnya minggu ni and minggu depan Myra tak dapat nak online atau pun berblog kerana otak dah mula berserabut dan kehidupan mula rasa tak teratur dek kerana assignment yang bertimbun. Yang lagi pening semua assignment tu nak kena anta dalam masa terdekat nih. Setiap subjek ada je masalah yang timbul.# Sabar kan separuh daripada iman.

Malam ni plak Myra ada presentation literature. Kitorang kena present drama oke! Group Myra kena berlakon based on short story A Rose for Emily. Dahla baru semalam kitorang siapkan skrip kitorang yang KEEMPAT! haha...napa yang keempat? Hurmmm Sebenarnya skrip group kitorang before this kena tolak. So kitorang harap skrip kitorang yang last ni tak de masalah.

Nervous weyh! mana taknya kitorang bukan hafal pun skrip tu. Tapi at least kitorang ingat la apa yang kitorang patut buat setiap scene. Itu pasal literature. Ni pasal final project kitorang kena buat satu project and kitorang buat Terrarium. Myra punya part kena buat blog. Macam la Myra ni pandai sangat kan berblog nih. Tengok blog Myra ni pun huduh semacam jerr. Tapi tak pe la demi final projek Myra try the best la.

Hurmm nak citer pasal assignment nih sampai tahun depan pun tak habis. Korang pun mesti bosan kan? So setakat ni dulu la entry Myra untuk minggu ni dan minggu depan. InsyaAllah lepas tu Myra free bolehla Myra updet serba siket pasal apa yang terjadi sepanjang operasi Myra nak siapkan semua "masalah" yang ada.

Korang doakan malam ni doakan supaya presentation drama Myra berjalan lancar..



antara contoh terrarium..


No comments: