Saat Kesempitan...

Wah tajuk entry tak bley blah.. #Lambat lagi ker Encik ptptn nak masuk?
Aduhai...terpaksala berjimat cermat tahap kritikal..huhu Mana taknya Cuba korang bayangkan kalau korang dok kat Kolumpo yang harga makanannya dan harga barangan keperluan harian kat sini macam mana??... #fikirkanlah sendiri yerr

Nasib baik cuti seminggu sekarang nih sep la sikit bajet tu. Takde la keluar jumpa makanan selalu. Kalau tak, memang tiap2 hari tak taula berapa kepingan RM yang melayang. itulah inilah dan bla bla bla bla....Asal masuk sem baru jer otomatik makanan pun berubah harga bukannya berubah rasa atau rupa.

Naseb bek aku belajar kat sini. Kalau keje, memang sah2 la minta tuka balik Kedah. #sabar tunggu setahun je lagi kat sini    Alahai untungla clasmate aku sebab rumah dekat jer. Bolehla selalu balik. Myra rindu sangat masakan mama especially mee goreng basah. Tapi kalau mama masak apa pun bantal jer. Yela air tangan ibu kan? mana boleh tandingi masakan kat kedai. #sebak la plak teringat kat mama

pinjam gambar kat cik Google


Kena tinggikan lagi tahap kesabaran dan kerinduan pada family yang tercinta. Lagi 3 minggu nak balik Kedah rasa macam 3 tahun.. huhu



rindu sangat2 kat mama, baby Adam, abah n adik2 :'(



Talk bersama Ustazah Asni dan Diana Amir










Kemarin Myra ada join slot bersama Ustazah Asni (Usrah TV9) dengan Diana Amir. Memang best giler slot tu sebab memang enjoy giler dan Myra suka sangat style penyampaian Ustazah Asni yang gila2. Walaupun dia berkongsi ilmu dengan kami mahasiswi KUIS, tapi dengan penyampaian dia membuatkan kami rasa terhibur.

Tapi Myra dengan kawan2 lain tersentuh sangat bila kak Diana Amir berkongsi tentang pengalaman penghijrahan beliau kepada kehidupan sekarang.
Seriously Myra memang eksaited sangat jumpa Diana Amir sekarang dengan imej beliau yang terbaru. Subhanallah, cantik sangat. Myra macam tak percaya dengan apa yang Myra tebgok depan mata kemarin adalah kak Diana Amir.


Ustazah Asni ada jugak bagi pesanan untuk yang bergelar perempuan. Nak tau?

  1. Kalau boleh lepas solat Subuh, baca Yassin. Lepastu baca, kita doalah apa yang kita nak minta dari Allah. InsyaAllah dimakbulkan. Tapi kemarin banyak cakap pasal jodoh. So, kiranya Ustazah Asni ada cakap yang kalau kita nak ciri2 suami yang diimpikan, boleh la kita mohon kepada Allah. Semoga Allah makbulkan doa kita yerr..
  2. Selalulah kita minta doa dari ibu bapa kita. Kalau yang duk jauh dari family tu col je mak tiap2 hari utk doakan kita. Tak salahkan kita nak col setiap hari untuk minta doa dari mak kita?
  3. Orang perempuan janganla keluar sorang2. Kalau nak keluar ajakla kawan2 atau family temankan kita. Ini bukan apa, untuk keselamatan kita jugakkan? 
  4. Janganlah kita suka buruk sangka dengan orang lain. Bila kita rasa diri kita lebih mulia dari orang lain, itu merupakan kesalahn besar. Janganla bila kita tengok kekurangan seseorang tu, kita mengata dia. Manalah tahu satu hari nanti mungkin dia akan menjadi seorang yang lebih baik dari kita. Betul tak? Cuba kita doakan orang tu supaya dia berubah. Kan amalan mulia tu. 


Tapi korang specialnya ustazah Asni? Dia pandai main kompang. Lepas habis slot tu, anak Ustazah Asni yang baru berumur 6 tahun mainkan instrument tu untuk kitorang. Memang budak tu pandai sangat main and sedap plak tu.




p/s : Ish kalau nak cerita eksaited Myra nih sampai esok pagi pun tak habis. Tapi memang sangat10000x teruja jumpa diorang kemarin
p/s : Masih terbayang lagi Diana Amir senyum kat Myra #cewahh macam angau jer kan? haha





Dugaan Konvo..

Oke kat sini Myra nak bagitau dulu yang bukan Myra konvo yerr. Next week convocation day kat kolej Myra. So firstly memang la happy sebab klas x de sampai hari Selasa #bahagianya aku seminggu    second, time konvo mestila ada ekstival, maka banyaklah gerai2 yang dibuka dan bertambahlah dugaan sebab banyak kepingan duit akan melayang. hukhuk Thats why most of my classmate balik rumah. Diorang cakap kalau stay kat hostel time convo tu memang melayang la duit diorang #untungla rumah dekat 

Tapi Myra akan cuba sedaya upaya tahan hawa nafsu membeli dan belah. Nak bajet sebab buku untuk sem nih tak beli lagi. Walaupun ada 5 subjek jer, tapi bukunya semua boleh tahan la harga..#nak belajar kena banyak berkorban kan?   Tapi sebenarnya ada lagi perkara yang best selain membeli belah time convo tu. NAk tau ape?  Jeng jeng jeng...

Mula esok ada something macam ceramah la oleh Ustazah Fatimah Syarha. Korang kenal tak? Alaa Islamic novelis tu. #kalau tak tau gak search jer kat google     Pastu hari Jumaat ada talk Hijrah Cinta oleh Ustazah usrah kat Tv9 tu and ada Diana Amir. #tersangat eksaited nak tengok dia bertudung dengan lebih dekat   Hari Sabtu plak ada Diskusi Hijrah Ustaz Ghazali dengan Catriona Ross and Ahad malam ada konsert nasyid #ni yang sedih sebab diorang caj tiket rm5.     Kalau buat kat tempat terbuka memang sah2 la Myra seludup masuk tengok konsert free, tapi diorang buat kart dalam PKK. So hanya mampu mendengar dari luar je la. #ada kumpulan UNIC, my febret nasyid group

Lagi satu sapa yang minat dengan ustaz Don Daniyal rancangan Asslalamualaikum kat tv Alhijrah, dia pun ada gak. hehe

Good Luck in SPM

Hyee...

OKe Spm dah start brapa hari tapi rasanya tak terlambat lagi kot Myra nak wish kepada all SPM candidates especially to my old school, Maktab Mahmud Kulim. DO the best to make ur school proud of you! Make ur batch is the best among the best Oke!



p/s : tak lupa gak special wish to Saidatul Nadia and geng...weee



Slim Slim Slim


Ada sapa2 pernah try tak produk nih? hurmm... sape yang tak teringin nak kurangkan berat badan yang xxtra kan? Myra pun tak terkecuali salah seorang pesertanya. Dulu tak pernah pun terfikir nak kurangkan berat badan nih. Tapi kadang2 tu rasa bosan, menyampah, sakit hati pun ada bila orang panggil kita dengan macam2 gelaran. Kalau nama best tak pe gak. #opss nama gelaran Myra terpaksa dirahsiakan 


Bila balik cuti kat rumah mesti ada nama yang "sedap" diorang panggil kat Myra. Tahap kesabaran pun ada jugak batasnya kan? Sampai kadang2 bila jalan2 dengan mama, takpun melawat adik beradik mesti orang akan perli @ tanya ni adik ke? Sape yang tak sakit hati kena perli cam tu.

So sekarang ingat nak try produk nih sebab ada kawan Myra yang beli and dia cakap produk ni bagus untuk detox. Bila search kat google pun ramai yang cakap tummy diorang dah makin flat bila minum Detoxlim nih.


p/s: Harap2 operasi muengurangkan berat badan xxtra nih berhasil. amiin



Demam Korea La Plak

Sapa kat sini yang minat Korea? Mesti ramai kan? Myra pun baru jer start minat dengan citer2 Korea nih.
Hurmm...
Mula tu memang la tak minat. Pelik jugak la kenapa ramai sangat yang minat Korea nih. Dah la nama diorang pun berbelit2, panjang pastu susah plak nak ingat and sebut.
Tapi sekarang baru Myra tau kenapa orang minat sangat dengan citer Korea terutama sekali actor nya. Fuhh!! hensem giler kot!
Myra mula tengok Koreanih start sem lepas bila housemate beli DVD Boys Over Flower untuk adik dia. padahal dia tak minat pun dengan Korea nih. Alang2 dia dah beli Myra ngan kawan2 lain pun tumpang la tengok. Sumpah mula2 Myra tengok dah minat tahap gaban dekat leader BOF tu, Lee MinHo. Hensem giler! #kalau la akudapat pak we macam dia
Start dari BOF Myra dah mula tengok citer lain masa cuti sem hari tu. Memang cair giler tengok hero2 dalam citer Korea tuh.


Citer Korea first yang Myra tengok. Paling minat kat Lee MinHo. Caring + Hensem Aww



Second citer, Full House. Dah mula minat kat Rain. Suka tengok dia senyum...sweet sangat!



Citer ni baru habis semalam. Hero dia 2 2 hensem. Sampai nangis kot tengok citer nih..



p/s : Ada sape2 boleh tolong suggest kat Myra ada citer Korea yang best + hero dia hensem tak?



Video Pesta Tanglung kat Kedah



Pernah tengok tanglung tak? bukan tanglung cina tu yer. Korang tengok tak berita kat tv3 hari Ahad bersamaan 5 November lepas? Kalau korang tengok mesti korang tau punya. Haa nak bagitau nih yang video tu dekat Kampung Kubur Panjang, Pendang, Kedah. Bukannya eksaited nak habaq yang video tu kat kampung Myra tapi nak bagitau orang yang buat tanglung tuh sebenarnya abah Myra. Tapi bukan abah sorang jer yang buat, ada lagi orang kampung yang buat jugak. Nak tau preparation depa nak buat tanglung tu dekat sebulan lebih sebabnya bahan yang depa bakar untuk naikkan tanglung tu adalah isi kelapa yang dijemur sehingga betul2 kering.

Lagi satu, modal yang depa keluarkan untuk buat tanglung tu agak tinggi sebab kertas yang digunakan tu mahal. Time dekat2 nak raya tu abah selalu balik lewat sebab nak buat tanglung tu lah. Raya aidil adha hari tu,  depa buat tanglung tu untuk kali kedua dah. Kali pertama masa raya aidilfitri. Ini pun baru first time setelah sekian lama orang kat kampung tu tak buat. Seingat Myra la ni first time la Myra tengok orang kampung tu buat tanglung tu sebab selalunya orang dulu2 yang buat. Tapi mungkinla banyak faktor yang terhalang menyebabkan depa tak sanggup nak buat tanglung tu.

Tapi abah kata masa raya aidil fitri lagi best sebab depa lawan antara kampung untuk naikkan tanglung tu. Ada 1 kampung tu sebiji tanglung pun tak leh nak naik. Tak tau la apa sebabnya. Raya aidil fitri hari tu Myra tak dapat nak tengok live abah bakar tanglung tu sebab mama demam kat umah so tengok dari umah je la masa tanglung tu berlepas naik. Tapi raya aidil adha hari tu, abah col dekat pukul  1 pagi bagitau yang depa dah nak lambung tanglung tuh. So Myra ngan mama rempit arr pegi tengok depa lambung tanglung tu secara live. Masa sampai kat tempat tu, mak ai ramai giler orang kat situ parking pun full. Tapi, ada aku kesah? Main redah je la..

Tapi series best tengok depa lambung tanglung tuh. Memang happy sangat sebab first time tengok aktiviti tradisi ni.


p/s : tengok la nama Azhar Ariffin aka pembuat tanglung tu la abah saya...hehe



I'm Back !!

Lama giler rasanya Myra tak buka blog nih. Rindu sangat la kat blog nih. Sebabnya blog nih lebih kurang macam diari alam maya Myra. Lagi satu, dekat blog ni la tempat untuk Myra luahkan perasaan. So everything yang ada kat blog nih pasal kehidupan Myra la.

Hurmm kenapa baru sekarang Myra berblog yer?

Sebabnya kat rumah time cuti sem hari tu Myra tak boleh la nak berblog sejak baby baru balik dari hospital. Kiranya wat part time baby sitter jaga adik sendiri kat rumahla. Sekarang baru boleh berblog sebab cuti dah habis and Myra dah balik hostel so kat sini bolehla berblog sesuka hati saya...

Oke la buat masa sekarang tak de citer menarik lagi nak share kat blog nih walaupun dalam kepala hotak nih dah bersusun citer tunggu nak dikarang jer. Tapi rasa-rasa macam citertu semua dah basi jer...
So tunggu la nanti kalau ada citer Myra tulislah kat blog nih...


 Myra, mama and baby Adam


I'm with baby Adam..


p/s : rindu la kat baby Adam :(