Late Night work

Assalamualaikum..
Hello peeps!




Ape pulak la late night work nih? Ehh Myra tak keje lagi okey! Now I'm currently finish up my Resume and application letter. Tomorrow my lecturer want to see and check our application letter also the resume. After that we need to send both of the letter to our internship place. Maigad! Can't wait to feel how is working. I'm so excited. BUT! I need to finish my last semester before I can get to go for internship.

This semester even just 2 subject still we need to give full 200% commitment. If not..just think what will happen........ I hope that everything will go smoothly for this semester as it was my last semester..

Oh 1 more thing, also I need to settle chapter 4 and 5 for term paper..


K bye!




SEGMEN SEMPOI:NurulFHMT TANYA Myra,Myra JAWAB

Assalamualaikum..
Hello peeps!


Nak join? Klik banner


1.Nama panggilan 
Myra

2.Umur 
20 tahun

3.Nama/Link blog pilihan/idola kamu 
http://kupukupukecik.blogspot.com/

4.Kenapa blog itu menjadi pilihan/idola kamu 
Sebab Kak Yuyu comel!

5.Ceritakan secara ringkas tentang blog kamu 
Blog biru! I'm addicted to blue!

6.Adakah kamu ingin terus aktif dalam dunia blog,jika ya nyatakan sebab 
Ya! Sebab blog nih macam diary online Myra

7.Blog paling cantik/comel/cun/kawaii kamu pernah tengok,berikan link blog tersebut 
Blog awak. Banyak kucing dengan cursor kluar love banyak. #paham ke tidak apa yang aku tulis nih?

8.Pengertian keluarga bagi kamu 
My LOVE 

9.Barang/hadiah yang kamu paling sayang 
Hadiah yang Myra dapat semua Myra sayang

10.Orang yang paling kamu sayang 
My family n my friends

11.Single itu? 
Simple

12.Couple itu? 
Lepas kawen

13.Cinta itu? 
Sayang

14.Idola kamu 
Rasulullah S.A.W

15.Filem paling best yang kamu pernah tengok 
banyak sangat

16.Lagu yang boleh buat kamu menangis bila mendengarnya 
tak dak kot

17.Nama pemain bola sepak pilihan kamu 
Myra bukannya minat sangat bola nih. tapi support my cousin la Amar Rohidan

18.Hidup ini indah jika 
Semua orang disekeliling Myra bahagia

19.Model handphone yang kamu guna sekarang 
Blackberry Curve

20.Pendapat kamu tentang blog saya 
Comel sangat!

21.Pesanan/Nasihat untuk saya 
Keep on blogging!



Myra tag:


Food Trending (Trend Makanan)

Assalamualaikum..
Hello peeps!




Ingat fesyen je ke yang ada trending? Makanan pun ada okayy! Korang perasan tak sekarang makanan pun dah jadi trending?  Eh bukan fastfood la. Kalau sapa yang perasan mesti tau kan sekarang dah jadi trend Durian crepe a.k.a lempeng durian.. haha dengar nama macam makanan omputih padahal lempeng je pun. Cuma nak bagi bunyi ala2 western jadilah crepe Myra tak pernah rasa dan tak teringin nak rasa sebabnya Myra nih tak makan durian. So tak tau la apa rasanya. Pernah Myra dengan kawan siap merapu tukar jadi orange crepe la, rambutan crepe la.. HAHA


Sumber -> Semanis Gula


Before Durian crepe menjadi pemes, macaroon merupakan makanan yang menjadi kegilaan ramai. Yang ni Myra tak pernah rasa jugak sebab ramai sangat yang cakap makan macaroon ni sama macam makan gula. What  Myra ni jenis yang tak suka makan manis. Macaroon nih Myra tak tau nak komen apa sebab Myra tak pernah tengok macam mana rupanya dan tak pernah rasa. hehe #tengok betapa jakunnya aku?


Sumber -> Owner

Tengok macam comel jer macaroon ni. Colourful!


p/s: Agak2 lepas nih trending makan apa plak ea?


Pengalaman Gastrik dari Kecik Sampai Sekarang

Assalamualaikum...

#Awas! Entry panjang!


Sapa kat sini pernah kena gastrik? Kalau yang tak pernah kena tu untunglaa~ #jeless Masa Myra tengah cuti sem hari tu lebih kurang tepat lagi bulan lepas la Myra "diserang" oleh gastrik. Awal pagi masa Myra bangun ok lagi. Tapi Myra tido kejap lepas bagi adik Adam tido #kejap jer dalam 30 minit camtu Myra bangun tiba2 ja sakit perut. Bukan sakit rasa nak buang air tapi sakit yang Myra tak tau nak describe. Memang tak boleh nak bangun langsung.

Tak lama pastu Myra rasa nak ke toilet untuk sesi "pelaburan". Rentetan dari situ Myra kerap ulang alik ketandas. Lebih kurang 10 kali la sampai ke malam. #ayat skema Gila! Memang time tu rasa cam nak tido jer kat dalam tandas tuh. Time tengah hari tu tengok ada roti kat dapur, Myra sental la makan tapi lepas makan tak sampai 5 minit rasa loya then nak muntah. Myra terus lari keluar rumah tapi tak sempat sampai kat tandas depan tandas haku kerjakan. Memang tak boleh makan langsung! Siket pun tak boleh.

Mama tengok dah faham dah and dia tak suruh buat keje rumah langsung. #sayakan anak mithali suka tolong mama buat keje rumah Malam tu abah balik keja mama bagitau kat abah then abah ajak pi hospital. What? Hospital was not my pebret place okay! Mama pun cakap kalau pi hospital msti kena tahan. Lagila Myra takmau pi. Kebetulan pulak malam tu abah beli makan banyak + sedap + memang terliur tengok. Tapi apakan daya #ayat nak pasrah ja tekak tak mampu nak terima semua tu. Myra ada suruh mama belikan buah epal #epal je yang paling Myra teringin nak makan Dah la cerewet! Nak yang merah lah, tak nak yang gebu lah blabla..

Jumpa Doktor


Untuk hari tu benda yang ada dalam perut Myra hanyalah sepotong epal. Esoknya still sakit lagi perut tapi kurang siket la. Tapi ditambah pulak dengan demam. Sabar je la. "Penyakit" ulang ke toilet tu pun stil ada. Sampai 4 ke 5 hari dok ulang pi toilet. Tok pulak dok bising2 suruh pi klinik cek tengok sakit apa. Myra tak larat nak dengar plus mama pun dok bising2 gak ajak pi klinik dengan berat hatinya Myra pi la. Yang hampehnya bukannya doktor tu cek pun. Myra dok potpet bagi penerangan dengan panjang lebar last2 dia cakap gastrik.


Dah latu dia tanya study ke dah keje? Study kat mana? blabla.. yang paling Myra geram ada ka patut dia cakap Kalau nak diet pun takyah la skip makan. What??  DIET? Myra kalau boleh selagi boleh makan, Myra akan makan. Takdaknya nak cover ka nak control ka. Nak buat macam mana dah kalau Myra balik umah memang banyak pantang, Pantang Nampak! Kalau kat kolej Myra makan ikut dan ja. Kalau ada kelas pagi, pagi je la Myra makan, Kalau tak dak klas plak ikut tahap kerajinan nak turun ke cafe lah. Myra ni spesis suka memerap dalam bilik kalau tak dak keja so makanlah apa yang ada kat dalam lemari #locker tu.

Tapikan kalau kat rumah pun Myra makan ikut dan jugak. Kadang2 dah siap masak pukul 12 tu pukul 4 ke 5 baru makan. Selagi tak lapar selagi tu tak makan.


Dah pernah sakit

Waktu Myra kecik2 dulu pun dah pernah sakit perut jugak tapi doktor cakap angin. Myra pun kurang pastila. Masa tu umur Myra dalam 5 @ 6 tahun. Myra kena tahan kat wad sampai seminggu. Mulanya sakit time petang, abah bawak pi klinik ja tapi doktor cakap kalau sakit lagi bawak pi hospital. Nak dijadikan cerita tengah malam tu sakit lagi. Tu yang kena sampai seminggu. Dah keluar kena banyak pantang makan. #tupun badan dok naik gak kena pantang pun 


Waktu Form 5

Lepastu Myra tak ingat dah Myra pernah kena lagi ke tak waktu sekolah rendah. Tapi yang Myra ingat time sekolah menengah. Masa tu form 5. Kebetulan bulan puasa and hari tu plak ada bacaan Yaasin untuk PMR and SPM. Myra ingat lagi waktu bangun sahur #semangat oo bangun awal! Myra sepanjang kat hostel jarang sangat nak bersahur #Malas nak jalan jauh Bila bangun je sakit perut then terus ke tandas. Memang rasa cam nak guling2 je kat situ tapi tak jadik masuk asarama guling kat tengah asrama tepi katil. Esok paginya orang semua pi baca yaasin Myra dok kelupoq kat hostel.

Lepas abes acara abah terus ajak balik. Sambung guling kat rumah plak. Mama yang tengah jahit baju masa tu tak larat tengok anak dia dok main guling terus pi buat air Milo 1 mug pastu ambik biskut 1 balang letak kat depan Myra. Kebetulan pulak abah baru balik Jumaat #hari tu hari Jumaat. Abah ambik Myra sebelum Jumaat Mama cakap makan. dahla depan adik2 dengan abah lagi. Malu kot. Tapi ade haku kesah! haha depan depa Myra hentam. Pastu pakat dok mengata Myra tak posa. Memangpun!

Lepas 3 tahun penyakit kesayangan ni mai balik. Mungkin dia tak mau melupakan Myra atau dia nak memperingati Myra supaya jaga sikit makan. Tapi nak buat macam mana dah Myra ni manusia yang susah nak serik tetap tak insaf2 lagi. hurmmm


Abaikan muka gedixxs tuan empunya belog nih

2AM (Korean singers) Sing Bila Terasa Rindu??

Assalamualaikum...




Actually Myra nak cari video Running Man kat Youtube but suddenly after Myra buka jer You Tube terus ade 2AM Concert in Malaysia Bila Terasa Rindu. I wonder and I want to know what the video is actually. You guess what? I'm so surprise bila tengok diorang nih nyanyi lagu Dafi - Bila Terasa Rindu. It's almost same! 


Click here if you want to see the video  -->  2AM Concert in Malaysia Bila Terasa Rindu

Already December?

Assalamualaikum...




Cepat je masa berlalu kan? Macam tak caya ja kurang 30 hari lagi kita dah nak masuk tahun 2013. What? 2013? That mean umur kita pun bertambah satu angka lagi la kan? Oh no! Myra dah almost 21. Erm I need to think and plan what should I do next year memandangkan Myra dah nak abes study for my diploma. I need critical thinking! Oh yeah!