Pengalaman Gastrik dari Kecik Sampai Sekarang

Assalamualaikum...

#Awas! Entry panjang!


Sapa kat sini pernah kena gastrik? Kalau yang tak pernah kena tu untunglaa~ #jeless Masa Myra tengah cuti sem hari tu lebih kurang tepat lagi bulan lepas la Myra "diserang" oleh gastrik. Awal pagi masa Myra bangun ok lagi. Tapi Myra tido kejap lepas bagi adik Adam tido #kejap jer dalam 30 minit camtu Myra bangun tiba2 ja sakit perut. Bukan sakit rasa nak buang air tapi sakit yang Myra tak tau nak describe. Memang tak boleh nak bangun langsung.

Tak lama pastu Myra rasa nak ke toilet untuk sesi "pelaburan". Rentetan dari situ Myra kerap ulang alik ketandas. Lebih kurang 10 kali la sampai ke malam. #ayat skema Gila! Memang time tu rasa cam nak tido jer kat dalam tandas tuh. Time tengah hari tu tengok ada roti kat dapur, Myra sental la makan tapi lepas makan tak sampai 5 minit rasa loya then nak muntah. Myra terus lari keluar rumah tapi tak sempat sampai kat tandas depan tandas haku kerjakan. Memang tak boleh makan langsung! Siket pun tak boleh.

Mama tengok dah faham dah and dia tak suruh buat keje rumah langsung. #sayakan anak mithali suka tolong mama buat keje rumah Malam tu abah balik keja mama bagitau kat abah then abah ajak pi hospital. What? Hospital was not my pebret place okay! Mama pun cakap kalau pi hospital msti kena tahan. Lagila Myra takmau pi. Kebetulan pulak malam tu abah beli makan banyak + sedap + memang terliur tengok. Tapi apakan daya #ayat nak pasrah ja tekak tak mampu nak terima semua tu. Myra ada suruh mama belikan buah epal #epal je yang paling Myra teringin nak makan Dah la cerewet! Nak yang merah lah, tak nak yang gebu lah blabla..

Jumpa Doktor


Untuk hari tu benda yang ada dalam perut Myra hanyalah sepotong epal. Esoknya still sakit lagi perut tapi kurang siket la. Tapi ditambah pulak dengan demam. Sabar je la. "Penyakit" ulang ke toilet tu pun stil ada. Sampai 4 ke 5 hari dok ulang pi toilet. Tok pulak dok bising2 suruh pi klinik cek tengok sakit apa. Myra tak larat nak dengar plus mama pun dok bising2 gak ajak pi klinik dengan berat hatinya Myra pi la. Yang hampehnya bukannya doktor tu cek pun. Myra dok potpet bagi penerangan dengan panjang lebar last2 dia cakap gastrik.


Dah latu dia tanya study ke dah keje? Study kat mana? blabla.. yang paling Myra geram ada ka patut dia cakap Kalau nak diet pun takyah la skip makan. What??  DIET? Myra kalau boleh selagi boleh makan, Myra akan makan. Takdaknya nak cover ka nak control ka. Nak buat macam mana dah kalau Myra balik umah memang banyak pantang, Pantang Nampak! Kalau kat kolej Myra makan ikut dan ja. Kalau ada kelas pagi, pagi je la Myra makan, Kalau tak dak klas plak ikut tahap kerajinan nak turun ke cafe lah. Myra ni spesis suka memerap dalam bilik kalau tak dak keja so makanlah apa yang ada kat dalam lemari #locker tu.

Tapikan kalau kat rumah pun Myra makan ikut dan jugak. Kadang2 dah siap masak pukul 12 tu pukul 4 ke 5 baru makan. Selagi tak lapar selagi tu tak makan.


Dah pernah sakit

Waktu Myra kecik2 dulu pun dah pernah sakit perut jugak tapi doktor cakap angin. Myra pun kurang pastila. Masa tu umur Myra dalam 5 @ 6 tahun. Myra kena tahan kat wad sampai seminggu. Mulanya sakit time petang, abah bawak pi klinik ja tapi doktor cakap kalau sakit lagi bawak pi hospital. Nak dijadikan cerita tengah malam tu sakit lagi. Tu yang kena sampai seminggu. Dah keluar kena banyak pantang makan. #tupun badan dok naik gak kena pantang pun 


Waktu Form 5

Lepastu Myra tak ingat dah Myra pernah kena lagi ke tak waktu sekolah rendah. Tapi yang Myra ingat time sekolah menengah. Masa tu form 5. Kebetulan bulan puasa and hari tu plak ada bacaan Yaasin untuk PMR and SPM. Myra ingat lagi waktu bangun sahur #semangat oo bangun awal! Myra sepanjang kat hostel jarang sangat nak bersahur #Malas nak jalan jauh Bila bangun je sakit perut then terus ke tandas. Memang rasa cam nak guling2 je kat situ tapi tak jadik masuk asarama guling kat tengah asrama tepi katil. Esok paginya orang semua pi baca yaasin Myra dok kelupoq kat hostel.

Lepas abes acara abah terus ajak balik. Sambung guling kat rumah plak. Mama yang tengah jahit baju masa tu tak larat tengok anak dia dok main guling terus pi buat air Milo 1 mug pastu ambik biskut 1 balang letak kat depan Myra. Kebetulan pulak abah baru balik Jumaat #hari tu hari Jumaat. Abah ambik Myra sebelum Jumaat Mama cakap makan. dahla depan adik2 dengan abah lagi. Malu kot. Tapi ade haku kesah! haha depan depa Myra hentam. Pastu pakat dok mengata Myra tak posa. Memangpun!

Lepas 3 tahun penyakit kesayangan ni mai balik. Mungkin dia tak mau melupakan Myra atau dia nak memperingati Myra supaya jaga sikit makan. Tapi nak buat macam mana dah Myra ni manusia yang susah nak serik tetap tak insaf2 lagi. hurmmm


Abaikan muka gedixxs tuan empunya belog nih

No comments: