Kek Coklat Kukus Comel

Assalamualaikum..

Kat sini Myra nak share resipi kek coklat kukus. Simple n sedap. Ni first time Myra buat kek dalam hidup... HAHA..

Bahan - bahannya: 


  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 2 biji telur
  • 1 cawan air suam

Cara Penyediaan:

  1. Gula, susu, minyak dan telur di pukul sekali lebih kurang 5-10 minit. (Myra blend guna blender je) Lepastu ketepikan.
  2. Campurkan tepung dengan serbuk coklat dan baking powder. apabila sudah sebati, tuangkan campuran yang dah diblend tadi sampai sebati.
  3. kacau adunan tersebut sampai sebati, lepastu masukkan air suam dan gaulkan lagi hingga sebati.
  4. tuang dalam acuan yang disukai ataupun loyang.
  5. kukus selama 20 minit. 

**Myra suka guna acuan kecil sebab cepat masak. Kek ni pun tak manis sangat. Boleh jugak kalau nak buat topping. 


Bahan-bahan topping:

  • 150 g thickened/whipping cream
  • 150 g coklat masakan
  • 15 g butter

Cara-cara
  1. Campurkan coklat masakan dan thickened cream dalam satu bekas. Panaskan sehingga coklat masakan menjadi cair dengan menggunakan kaedah double boiling.
  2. Kacau sehingga sebati, kemudian tambahkan butter.
  3. Biarkan campuran sejuk seketika. Bila campuran telah suam, curah coklat tersebut ke atas kek.




p/s :  Tak sempat nak ambik gambar sebab kejap jer dah habis.. 





2 comments:

seeha said...

cewah2..baguih2,nnti mai pdg serai jgn lupa bg ak rasa naa..

Myraamirah Azhar said...

woohhooo.. haha... insyaAllah.. pes time buat kek weyh.. mna nak sama cam hang... dah terer.. huhu