Insyaallah kau sembuh!

Assalamualaikum..

Entry nih untuk classmate saya yang akan menjalani operation. Serious Myra terkejut dengar berita nih. Tadi masa tunggu member checkout Myra dapat mesej dari dia. Fira #nama dia SMS Myra bagitau yang dia nak balik dah n doakan dia untuk esok? Myra pelik ar napa dia cakap doakan dia untuk esok. Rupanya dia bagitau maybe dia admitted hospital esok and maybe jugak kena opeartion esok. Dia bagitau yang dia ada brain tumor. What!! Oke walaupun Myra sekarang nih tak berapa rapat dengan dia tapi as a friend and also my classmate, Myra doakan semoga Fira cepat sembuh and hopefully the operation will success! InsyaAllah...

Good Luck in PMR!!

Assalamualaikum..

Untuk Candidate PMR, Gud luck in ur Exam oke! Tak payah la nak study hard sangat time dah dekat exam nih. Bukan ape, takut nanti depress plak. Kang tak pasal2 problem plak kan? Jangan lupa minta maaf dengan parents, kengkawan n sape2 yang patutla. Jangan lupa banyakkan berdoa. #bajet cakap macam pandai je kan?

OKe unutuk candidate PMR kat Maktab Mahmud Kulim, buat elok2 oke! Buat la sekolah bangga dengan pencapaian hampa oke! Chaiyok2!




p/s: Wish awal sebab esok nak balik dah. Tak tau la boleh on9 ke tak kat kampung..

Final Exam is Over!!

Assalamualaikum..



Oke ni entry kegirangan Myra sebabnya dah Merdeka! Hooray! Haha walaupun hari ni last paper, tapi masa nak pegi menjawab tuh tengah semangat nak balik sebenarnya. Alhamdulillah Akhirnya....
Abes exam terus balik rumah. Then pegi bilik Teha sebab nak ambik barang #cencaluk n Dara.com Akhirnya dapat jugak barang yang diidamkan hehe. 
Nak kemas barang malam nih dah letih sangat. So esok je la yer sambung mengemas. Ada siket2je nak kena kemas. Huh! tak sabau nak balik!! Weee

Dah mengidam nak Dara.com ni dr bulan lepas lagi tapi susah nak cari la. 

p/s: Beli majalah nih sebab nak try tutorial kat dalam nih. Kalau nak tau baca kat SINI

Last Paper

Assalamualaikum..



Hyep! Alhamdulillah. Esok last paper saya untuk sem nih. Esok saya exam MUET. Doakan saya yer..
Paper MUET petang esok tapi pagi saya nak pegi check out hostel dulu. Mood sebenarnya tak sabar nak balik. Dari kemarin lagi Myra bukannya sibuk study, tapi packing barang #bajet tak nak kalut last minute Actually badan jer ada kat kolej nih tapi jiwa dah ada kat rumah.

Tak sabarnya nak balik. Weee....Tapi cuti sebulan jer. Oke la tu dari tak de langsung kan? Hurm Sori la kalau saya tak dapat nak jalan2 kat blog korang yer. Lappy wat hal lagi gara2 pendrive. huhu baru jer download software macam2 dah nak kena pegi format lain. Sabo je la. Sebelum saya balik nanti, saya hapdet lagi yer. Tata...Wassalam

Teringin Nak Pakai Pashmina

Assalamualaikum...


Hyep! Wee Tiba2 rasa nak pakai pashmina plak. Sebelum ni pernah jugak pakai shawl tapi sekali jer. Bukan apa, tak besa pakai takut muka tiba2 jadi cam alien plak. hehe Kemarin masa pi pasar malam Myra ada beli 1 anak tudung tu untuk dipakai dengan shawl, pashmina or anything yang boleh disesuaikan dengan anak tudung tu. Perkara first sekali yang akan Myra fikir kalau nak pakai shawl or pashmina is sama ada dia labuh atau tak. Kalau tak, memang tak pakai la kan.

Ingat nak try pakai anak tudung tu dengan pashmina,tapi pashmina tu ada kat rumah. Tak pela hujung minggu ni Myra dah balik rumah, so boleh la mencuba yer. Pashmina tu Myra beli masa dekat raya hari tu, bajet nak pakai time raya tapi dah stay jer kat rumah tak pegi mana2 so tak pakai la. Korang ada suggestion tak macam mana nak pakai pashmina stail labuh? Share la dengan Myra yer..hehe




anak tudung ni awning lembut...



. : Aktiviti Menampal Flyer : .

Assalamualaikum...

Alhamdulillah da settle keja tampal menampal flyer. hehe Actually ni bukan keja saya, just teman Dyrah jer berserta Siha. Dari tingkat 6 sampai tingkat 9 #tupun sebab flyer da habis Keja kami just lekat jer flyer kat dinding jer. Flyer tentang program balik kampung bersama PERMATA. Permata tu singkatan dari Persatuan Mahasiswa Anak Utara. Ni memang program wajib PERMATA. Oke kami 'dijangka' balik hari Jumaat malam nih. #memang tak sabar nak balik!


p/s: Semangat nak balik punya pasal sampai tak pegang buku langsung. Haish ada 1 paper lagi jer hari Khamis nih.

Keenakan Budu

Asslamualaikum...

Korang pernah rasa budu tak? Truthly Myra cakap, sebelum nih Myra tak pernah langsung makan budu oke! Kalau belacan tu selalu jugakla sebab kat Kedah banyak belacan. Petang tadi dengan berat kaki ini melangkah untuk pergi ke pasar malam. Kalau tak ingat nak pi cucuk duit memang tak ar nak tempah keletihan dengan berjalan kaki pi pasar malam. Sumpah letih sebab Myra seharian tak makan apa pun. Pi pasar malam dengan perut kosong jer.

Firstly kitorang beli ikan dulu. Mak ai ! terkejut Myra tengok ikan sekilo RM10! Mahal gila! Oke Salwa #kawan saya beli setengah kilo. Tapi oke la sebab ikan tu fresh lagi. Lepas tu kitorang mula gerak ke gerai lain untuk mencari santapan yang lain for dinner. Yang pegi pasar tu Myra, Salwa and Siha. Dah abes membeli belah, kitorang gerak tunggu bas depan BSN.#sumpah tak sanggup dah nak jalan kaki balik! Penat ya ampun.

Sesampainya kat hostel dah masuk waktu Maghrib. Then kitorang perform solat dulu and mulakan operasi yang sepatutnya. Seperti biasa tugas Salwa adalah siang ikan. Myra plak tolong sikit2 jer Mostly tolong tengok je la #bukan tak reti keje dapur oke! Dah siap siang ikan, ikan tu direbus menggunakan rice cooker #kat hostel tak leh bawak dapur Lepas tu potong cili, bawang kecik and limau kasturi untuk dicampur dengan budu. Bila ikan dah masak, buka tudung periuk tuu....fuhh! memang tak tahan aroma dia #ikan rebus nih my febret tau! Dah siap budu and ikan rebus our next menu is cocktail.

Kitorang just guna buahan campur dalam tin, laici dalam tin, susu cair, perisa vanila #Salwa punya resipi tambahan dan ais. Pastu campur je la semua tu. Dah siap semua apelagi! Kami berempat mula menyerbu la meja makan. Pergh!! memang sedap la dinner kami malam nih. Saya dengan Dyrah hentam sampai 3 ekor ikan tau! #semua ikan Salwa beli 8 ekor n Siha tak makan ikan #untungla dia tak makan ikan boleh aku lahap sampai habis 

Erm rasa budu ni tak de la teruk mana pun. Lebih kurang dengan sambal belacan la. Sedap jugak.hehe Lepas ni tunggu cencaluk dari Teha plak. Tak sabar nak makan cencaluk. wee...#pehal macam mengidam jer?



abaikan segala kekurangan gambar...

p/s : untungla study kat tempat orang nih. Boleh kenal dengan orang dari negeri lain, boleh jugak dapat rasa makanan dari negeri diorang..

p/s : budu tu kitorang dapat dari "abe" Salwa. for ur in4mation, Kami berempat ni  dari utara n sekolah sekali dan study kat kolej yang sama!

Kebosanan Yang Melampau

Asslamualaikum..



Hyep! Korang tangah wat pe tu? x nak ajak Myra join skali ke aktiviti korang tu? Siyes tengah boring giler tyme sekarang nih #tido la! Nak tido, mata x ngantuk lagi. Nak study, lambat lagi paper.#banyaknya alasan Hurmm nak jalan2 kat blog korang tenet pun lembab. Tapi kalo sapa punya blog yang ringan tu saya serbu gakla kalo yang berat tu, sory la yerr..Myra nih bukan penyabar sangat orangnya.hehe
Oke la. Nak kacau kawan2 yang tengah study nih. Perut pun terasa lapar. Nak godek kat dapur tengok ada ape. Oke bye!

p/s : kalo korang bosan ke, tengah sedih2 ke jom baca entry kat blog Ayeem Ayam serious korang boleh gelak guling2 bila baca kat blog dia...

My First Doodle

Asslamualaikum..

Hyep korang! Oke ni first tyme Myra wat doodle oke! sebenarnya tak de la cantek mana pun. Myra buat doodle ni pun guna Microsoft Excel jer. Nak tau macam mana rupanya? Jom tengok

doodle yg x brapa cantek :)

Myra buat doodle nih pagi kemarin sblum pegi exam #bukannya nak study pun So part yang tak berapa sedap memandang tu kira cincai la #sebenarnya malas nak edit 
So korang ade apa2 komen tentang doodle saya nih ?





Genap Setahun 20 September 2011 (Part II)

Assalamualaikum...Oke seperti yang dijanjikan, saya akan sambung balik story sebelum ni pasal adik saya eksiden. Sapa yang belum baca lagi baca la kat SINI 

Genap Setahun 20 September 2011 (Part I)

Asslamualaikum..

Mesti korang tertanya2 apa yang genap setahun kan? Bukan blog Myra oke! Dok rapat2 sikit. Meh saya nak cita kat hampa semua.Sebelum tu saya nak bagitau la yang entry nih Xtra panjang. Kalau korang sudi, bacala..Peace !!

Stressfull + Tired Day

Assalamualaikum..

Terasa malas nak hapdet tapi tetap nak hapdet gak #ape punya ayat daa. Hari ni memang menguji kesabaran betul la. Tau tak napa? Meh sini Myra nak story kat korang semua. Semua ni berounca dari Myra sendiri. hehe Hari Myra ada 2 exam paper, pagi dan petang. Pagi paper Principles of Translation n petang Advanced English Proficiency. Sekali dalam kepala hotak ni set pagi Advanced n petang Translation. So da set dalam kepala hotak ni bila habis jawab paper Advanced, boleh la aku balik study Translation plak #bajet pandai sangat la tu 
Seperti besala kalo Myra nak pi klas ke exam ke slalu pi ngan jiran kat hostel nih, Syima nama dia. Dengan hanya membawa stationery + kad matrik + slip exam Myra pun dengan senang hati gerak pi PKK (tempat exam) tapi masa otw nak pi exam tu ada kawan2 klas tegur "kamus mana?" #subject ni kitorang boleh bawak kamus Tapi saya buat tak tahu #ye la dalam pala hotak ni dok pikir Translation petang karang n maybe diorang nak stay kat masjid jer lepas habis exam sekali tengah sembang2 ngan si Syima nih baru saya tau yang Translation pagi n Advanced petang. Mau tak gabra time tu. Kitorang dah separuh jalan dah nak sampai PKK tu #jarak antara hostel dengan PKK tu boleh la tahan :) Dengan berat hatinya terpaksa pusing balik sambil berlari2 anak, balik ke hostel sebab nak ambik kamus. OTW balik tu dok pikio dalam kepala macam mana aku nak jawab exam nih. Satu ap pun aku tak bace. Habis la aku.

1.27 kg ???

Assalamualaikum..

Apa yang berat 1.27 kg tu?? Cube teka..hehe
Okela saya bagitau. Adik saya berat dia 1.27 kg. Kenapa 1.27 kg jer? Sebabnya dia lahir tak cukup 9 bulan pun just 7 bulan jer. Ni pun kira dah naik la berat dia sebab masa lahir berat dia cuma 1.18 kg jer.  Adik saya yang bongsu nih lahir 3 September 2011. Raya kelima hari tu.
Beza umur saya dengan adik saya 19 Tahun tau! haha. Lama kan? Ofkos laa. Eh mak saya pregnant pun saya tak tau oke! Hurmm kenapa plak saya tak tau? Ye la saya kan tengah study skarang nih. Jauh plak tu dari family. Family saya kat utara, saya kat KL. Jauh kan? Lagi satu, bukan saya jer tak tau yang mak saya pregnant, tapi adik2 saya pun tak tau gak. Kiranya ni rahsia antara parents saya la. Depa nak bagi hadiah raya kot? haha.. Wallahu'alam.... Nama yang sudah diberi Muhammad Adam Fitri dan mestila baby boy.
Sebenarnya saya dah tak sabar nak tengok macam mana rupa baby tu. Yela sejak dari dia lahir, dia dimasukkan kat NICU, parents jer yang boleh tengok. Kami adik beradik nih hanya dengar jer apa yang mama ngan abah bagitau. Mama cakap dia tinggi. Wah semua ni mesti spesisi KLCC punya tinggi..haha
Saya rasa mama mesti teringin nak baby girl tapi dapat baby boy jugak. Kira oke la tu. Janji baby kan?
Actually saya ni anak tunggal perempuan dalam family saya serta cucu tunggal perempuan untuk family sebelah mama. Sepupu saya semuanya lelaki. hehehe..
Oke la. Sampai sini dulu yer entry saya. Peace!

Exam Mode

Assalamualaikum..

Sekarang nih Myra tengah menghadapi final exam. So tak boleh la nak berblogging sangat. Tapi kalo ada masa Myra tetap updet gak blog ni. Tak nak la biar lalang membiak banyak2 sangat.

Ni jadual final exam saya. Napa banyak sangat subjek English? Yela sebabnya saya ambik pun course Pengajian Bahasa Inggeris. Saya ada lagi 6 papers nak kena study #koko tak de dalam slip exam so kenala kurangkan masa untuk berblog kan?. Oke la Thats all untuk entry nih. 

. : My First Entry : .

Assalamualaikum..


Ni first entry Myra untuk blog ni. Blog ni sebenarnya lebih kepada kehidupan Myra seharian la. Kiranya sebagai diari alam maya la. So for those who read my blog thanks a lot oke! Meh sini Myra nak citer siket pasal Myra nih. 


Nor Amirah binti Azhar
Asal dari Kulim, Kedah
Sekarang belajar lagi dekat sebuah kolej kat Selangor
Ambik course Diploma in English Language Studies