Genap Setahun 20 September 2011 (Part II)

Assalamualaikum...Oke seperti yang dijanjikan, saya akan sambung balik story sebelum ni pasal adik saya eksiden. Sapa yang belum baca lagi baca la kat SINI 


Berbalik kepada story pasal kami pi hospital moto tu, lepas selesai kami melawat moto kami patah balik pi hospital. Time nih kami semua boleh masuk melawat sebab dah masuk waktu melawat. Seriously muka Amir pucat gila tambah plak dengan kaki bersimen dari hujung kaki sampai ke peha. Ops lupa plak nak bagitau, Lutut dia patah and berlubang #ngeri weh tengok lutut dia berlubang. Tulang bahu dia retak tapi kitaorang tau bahu dia retak masa hari dia nak keluar wad. Dekat seminggu jugakla. Petang tu ada jugakla jiran tetangga datang melawat.


Keesokannya sampai la dia keluar, setiap hari kami pi melawat. Pagi abah pegi antar mama petang aku plak pi ambik mama. Rutin harian aku macam tu la selama seminggu. Adik aku plak pi sekolah dengan jiran aku. Nasib bek jiran aku tu baik hati. Kesian dekat adik sebab dia tak pernah melawat abang kat hospital. Tiap2 hari dia tanya kat mama pasal abang. Yang aku paling terharu pasal Amir nih, setiap petang mesti katil dia penuh ngan kawan2. Kawan sekolah la kawan satu taman la. Memang riuhla kat wad tu kalo diorang ni datang. 


Ops lupa plak nak gitau macam mana adik saya eksiden. Malam tu dalam pukul 11 lebih, abang Otw balik dari umah kawan dia. Pastu ada la kawan dia sorang nih SMS dia suruh tolong ambik dia kat kampung sebelah #taman saya bersebelahan dengan kampung So adik saya pi la ambik. Masa nak balik tu ada 1 moto ni minyak nak habis. Tapi masa tua abang baru nak slow moto dia sebab nak tolong tolak moto lagi 1 tuh, DAMM...ada orang langgar dia dari depan. Naseb bek ada pak sedara saya kat situ #pak sedara pun umur lebih kurang adik saya jer Dia yang tolong bawak adik saya pegi hospital. Dia bagitau yang mamat yang langgar adik saya tu memang dah banyak kali dah ulang alik kat jalan tu. Nak test moto la kononya. Dah la tak buka lampu depan. Kiranya salah dia la. 


Mak dia ada melawat adik saya. Saya tak tau la parents saya settle hal ni ngan mak dia macam mana. Lupa plak. Time adik saya bawak moto tu, kawan dia yang SMS dia tu ada kat belakang dia. Kiranya sebagai pembonceng la. Yang terlibat dalam kemalangan nih 3 orang jer. Amir, Pembonceng n org yang kena langgar. Tuan moto yang minyak habis tu tak de pape pun. First tu orang yang ada kat situ tak tau yang terlibat 3 orang sebab pembonceng tu tercampak masuk hutan. Naseb bek dia keluar ke jalan. Kalo tak...............
Dia pun teruk gak. Peha berlubang agak besar. Abah pun ada cakap masa dia pi ambik kunci moto dia tengok ada daging kat raga moto tu. Ingatkan isi abang la, rupanya isi dia. Series aku geli !

Amir eksiden kami tak bagitau kat tok belah mama. Tok belah abah je yang tau. Last2 rahsia punya rahsia ada satu malam tu aku ngan mama balik hospital lewat dari biasa sebabnya adik aku tukar wad dari wad 5 ke wad 4. Kena plak lepas tukar wad tu nurse cek temp dia, panas. Nurse bawak besen isi air dengan kain bagi kat mama. Hurmm..macam2 la budak ni. Dah nak sampai umah tiba2 fon aku bunyi. Aku tengok sekali tok belah mama yang col #tok ni cam tau2 jer Lepas bagi salam terus tok tanya kami pi mana. Macam tau2 la plak kami baru balik dari hospital. Aku cakap la aku ngan mama pi umah kawan mama kat Kulim.#mama suruh tipu sunat sebab tak mau tok susah hati Pastu tok aku cakap col abang pun cakap kat Kulim. Tok macam tak puas hati jer. Dia tanya lagi wat pa.

Aku bagitau mama tok asyik soal jer. Pastu mama pun izinkan aku bagitau kat tok yang abang kat hospital. Dia kemalangan. Naseb bek tok tak berleter kat aku. Hari Jumaat #kalau tak silap abang dah boleh keluar wad. Sabtu tu tok aku mai umah. Tok aku kena tunggu hari Sabtu sebab adik aku yang no 3 sekolah kat kampung. Dia plak stay kat hostel. So, kena tunggu dia balik hostel baru boleh mai umah aku. Sesampai jer tok kat umah aku, adik aku nih kitorang panggil dia Acik terus tanya kat mama kenapa abang eksiden tak bagitau kat dia. Rupanya tok aku pun tak bagitau kat dia tapi yang bagitau kat Acik nih sepupu aku. Dia sekolah kat situ gak tapi tak stay hostel la.

Dekat sebulan gak la abah kena ulang alik pi klinik Padang Serai n hujung minggu pi klinik 1 Malaysia kat Kota Kenari sebab nak cuci lutut dia. Sampai sekarang lutut abang bengkok n x bley nak straight #lutut belah kiri Ambik exam pun bertongkat jer #tahun lepas dia exam SPM Sekarang abang belajar kat Giat Mara. Bukannya dia tak dapat tawaran sambung belajar, tapi mama tak bagi abang pi sebab keadaan kaki dia. Takut jadi apa2. Dah la kaki dia tu tak leh jalan jauh. Kalau kena macam aku nih, jarak dari hostel nak pi klas agak semput la.

Amir bersama motor yang "join" eksiden :)

P/s : pandu cermat ingatlah orang yang tersayang. Bila memandu or menunggang tu ingat kita ni berkongsi jalan dengan orang lain. Jalan tu bukan kita sorang jer yang guna.

2 comments:

ME CTCT said...

fuh...memang trok cgt2 adik kamu eksiden...ngeri plak bace...moga dy bersabar ngan idop dy skrg..huhuhu


http://khayalan27.blogspot.com/

Unknown said...

@CTK tau x pe.masa saya dpt tau dy eksiden dlm kepala ni dah pikir macam2 dah...sedih sangat