Genap Setahun 20 September 2011 (Part I)

Asslamualaikum..

Mesti korang tertanya2 apa yang genap setahun kan? Bukan blog Myra oke! Dok rapat2 sikit. Meh saya nak cita kat hampa semua.Sebelum tu saya nak bagitau la yang entry nih Xtra panjang. Kalau korang sudi, bacala..Peace !!


Sebenarnya 20 September nih genap la setahun adik saya accident. Nak tau macam mana dia accident? Oke la saya cita. 20 September 2010 hari 1st day sapa yang sekolah mula bersekolah lepas cuti raya Aidilfitri. Siang tu macam besa la adik Myra, Amir pi sekolah. Kami dok kat Padang Serai n Amir ni sekolah kat Sekolah Teknik Kulim. Agak jauhla dari rumah. Dia buka accident time pi or balik sekolah tapi malam.
Malam tu mama ada suruh si Amir ni sidai kain sat. Tapi dia tak mau #selaunya dia buat ja Dia terus keluar dari rumah lebih kurang pukul 9 macam tu la. Sampaila pukul 11 lebih macam tu, mama dah nak tido and kat rumah tu just ada mam, Myra and adik yang bongsu. Abah pun keluar gak pi umah kawan dia.
Dalam pukul 12 macam tu Myra dok pikir napa la si Amir nih tak balik lagi. Ingat nak col tapi, tak tau la tangan tak rasa nak col dia.

Tup2 pukul 12 lebih dengar ada bunyi moto kat luar umah. Ingatkan Amir or abah balik.Tapi pelik sebab 'orang' tu bagi salam. Myra terus buka pintu then nampak la kawan adik nih. Dok ingat depa mai nak pinjam barang ke apa #rumah saya da macam bengkel sebab tiap2 hari orang dok mai pinjam spana la blabla
Tak sempat nak tanya depa kata "Mak cik Amir eksiden" # mak cik depa panggil aku? Rasa time tu nak luruh jantung. Terus bagitau mama yang abang eksiden #kami kat umah panggil dia abang Mama dah panik pastu terus col abah. Abah balik umah pastu terus keluar nek keta. Lepas tu abah balik umah bawak sekali kunci moto yang dah jadi huruf L sebab bengkok. Abah tanya mama nak pi hospital tak tapi mam tak mau pi.

Kesian gila tengok mama time tu. Macam orang dah tak dak kudrat n mama tak behenti nangis.
Menurut kawan dia yang bagitau tadi, Amir dah dibawa ke hospital. So abah terus pi hospital. Dalam pukul 5 macam tu abah col cakap abang pengsan. Aku bagitau mama pastu mama nangis lagi n mama cakap 'abang dah la tak tahan sakit sebab tu dia pengsan'. Lagi 1, antara kami adik beradik, Amir je yang tak penah kena tahan kat wad. Seriously aku tak leh tido malam tu.Abah balik umah dalam pukul 6 lebih. Abah cakap nanti tengah hari kami semua pi melawat abang.

Tengah hari tu, kami pi melawat abang. Tapi dia tak dak kat wad. Tapi abang tak dak. Tengok2 pak ngah plak yang ada. Aku pelik la sebab kami tak bagitau sapa lagi yang abang eksiden. Aku tanya la mama. Mama cakap yang pak ngah col mama tanya betul ke abang eksiden sebab hari tu dia bawak wife yg tgh pregnant tu cek darah. Terserempak plak ngan kawan adik aku yang eksiden skali. Dia bagitau la kat pak ngah aku yang Amir pun ada terus dia col mama. Pak ngah bagitau yang adik aku tu depa bawak dia pi simen kaki.

Tunggu punya tunggu sampai masa melawat habis. Kami semua tunggu kat ruang melawat tapi aku pelik pak ngah aku tak dak. Tak lama pas tu pak ngah col cakap depa dah antaq adik aku. #rupanya pak ngah tunggu abang kat wad. Kami pun bergilir2 la masuk melawat lepas pak ngah keluar dimulakan dengan abah, mama then aku la yang last. Seriously ak nak nangis tengok adik aku masa tu. Dengan muka yang pucat. Myra tak leh nak gambarkan la macam mana perasaan time tu. Kesian sangat tengok dia. Lepas melawat dia, pak ngah terus balik. Kami plak pi Kulim sebab nak cari kat mana moto tersadai. Sampai je kat kedai tu tengok banyak sangat motor yang macam2 rupa akibat eksiden dan tak terkecuali jugak moto abang. Sampai toke tu cakap hospital moto.

Moto yang abang naik tu boleh tahan la teruknya. Paling teruk kat depan la. Pastu toke tu bagitau la moto yang langgar abang. Aku pun terkejut tengok moto tu. Mana taknya, Moto RXZ sampai tayar terkeluar, tangki minyak terkopak. Dahsyat gila. Untuk pengetahuan korang, Toke tu ada bagitau yang Moto RXZ tu baru jer 2 minggu siap repair. Tuan moto tu penah eksiden 2 minggu lagi nak raya sampai koma 2 hari. #ish tak serik betulla dia nih.

Rasanya dah panjang sangat kot entry nih. Oke la sampai sini dulu yer. Kalo korang nak tau sambungannye, tunggu entry lepas nih oke!. Chill !!

2 comments:

CTK said...

fuh..naseb baek idop lagi..alhamduillah


http://khayalan27.blogspot.com/

Amirah Azhar said...

@CTK alhamdulillah la dy idop lagi....thnks yea sudi baca :)